Profil Sekolah

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


MISI 

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


MATLAMAT SEKOLAH

  • Mencapai keunggulan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  • Melahirkan insan yang bermotivasi tinggi dan ingin belajar, berjaya dari segi akademik dan kokurikulum serta terdidik secara menyeluruh.
  • Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran rasional dan kreatif, berakhlak mulia, beramanah, percaya dan patuh kepada Tuhan, setia kepada negara serta berguna kepada agama dan negara.

SEJARAH SEKOLAH 


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa yang terletak di Jalan Field Force, Off Jalan Batu Kawa, Kuching beroperasi dalam dua sesi dan mempunyai 84 orang guru serta 15 orang kakitangan bukan guru, pada tahun 2006. Sekolah yang mempunyai pelajar sebanyak 1726 orang ini terletak di kawasan seluas 14.84 ekar. Sekolah ini mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur pendidikan – sebuah dewan, sebuah blok pentadbiran, 3 blok kelas, sebuah makmal sains, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah makmal komputer, dan dua buah flet guru. Segala kemudahan fizikal itu, ditambah pula oleh kemudahan padang dan trek balapan dan beberapa buah gelanggang permainan menjadikan sekolah ini lengkap sebagai sebuah institusi pendidikan menengah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa bermula pada Tahun 1983 dengan menumpang di SRK Garland. Pada tahun itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa beroperasi dengan  5 buah kelas iaitu
i. Tingkatan 1   :  2 buah kelas
ii. Peralihan      : 3 buah kelas

Pada tahun Tahun 1983 pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa diketuai oleh Pengetua yang pertama iaitu En Joseph Kueh  Hong Ewe dibantu oleh 8 orang staf akademik tanpa Penolong Kanan atau sebarang staf bukan akademik.

Staf Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa 1983

Pada tahun 1984 baharulah Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa pindah ke premis yang ada sekarang. Pada tahun itu, bilangan kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa sudah bertambah iaitu:
 i.         T2 : 3 kelas
ii.         T1 : 6 kelas
iii.         Peralihan : 2 kelas

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa 1984

Pada tahun 1984 ini juga Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa menubuhkan koperasi sekolahnya. Koperasi SMK Batu Kawa yang ditubuhkan pada 18 September 1984 didaftarkan secara rasmi pada 15 Mac 1985.

Pada tahun yang sama, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa juga ditubuhkan dengan senarai ahli jawatankuasanya seperti yang berikut:

Yang Dipertua                        : En Shafiee b Mohammad
Naib Yang Dipertua                : En Kueh Hong Ewe
Setiausaha Kehormat            : En Shafie Lugom
T. Setiausaha Kehormat        : En Michael Yap
Bendahari Kehormat              : Puan Chong Cheze Fah
T. Bendahari Kehormat          : Cik Selhah Bt Bojet

Kumpulan pertama 100 orang pelajar menduduki SRP di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa adalah pada tahun 1985

Gred A         : 37 orang
Gred B        : 12 orang
Gred C        : 7 orang
Gred S        : 39 orang
Gred X        : 3 orang
Tidak Hadir : 2 orang
Peratus Kelulusan Sekolah : 57.14 %
  
Pada tahun 1988  buat kali Pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching menawarkan 2 buah kelas Tingkatan 4  Aliran sastera, iaitu Tingkatan 4A dan Tingkatan 4B.

Setahun kemudian, iaitu pada Tahun 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa terpaksa beroperasi dalam 2 sesi, iaitu kelas Peralihan (3 buah kelas) dan Tingkatan 1 (7 buah kelas) pada sesi petang. Penyelia Petang pada tahun itu ialah En Robert Imang. Sesi Pagi:

i.   Tingkatan 2 (5 kelas)
ii.  Tingkatan 3 (6 kelas)
iii. Tingkatan 4 (4 kelas)
iv. Tingkatan 5 (2 kelas)

Kumpulan pertama sebanyak  88 orang pelajar telah menduduki peperiksaan  SPM pada tahun 1989 dengan taburan keputusan seperti berikut:

Pangkat 1 – 9 orang
Pangkat 2 – 24 orang
Pangkat 3 – 31 orang
SAP – 12 orang
Gagal – 7 orang
Peratus kelulusan : 77.11%

Pada tahun 1990, Bangunan Blok C telah dibina dan siap dibina 6 bulan kemudian. Pada Tahun 1991,  sesi persekolahan telah  kembali ke satu sesi. Pada tahun 1998 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching sekali lagi dioperasikan dalam 2 sesi dengan  Sesi Pagi sebanyak 19 kelas, dan Sesi Petang sebanyak 17 kelas. 

                                   Gambar Dewan SMK Batu Kawa pada tahun 2005


LENCANA SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu kawa terdiri daripada 7 lambang asas. Terdapat 5 lambang yang terdiri daripada warna kuning, merah, biru dan putih manakala 2 lagi adalah tanaman iaitu buah nanas dan tangkai padi. Cogan kata Ketekunan, Disiplin, dan Berdikari.

Lambang bulatan biru di tengah-tengah disertakan dengan jalur merah, putih dan hitam melambangkan adat resam di Sarawak.

Ketekunan merupakan keadaan di mana pelajar bekerjasama dalam proses pembelajaran dan gigih dalam menjalani aktiviti akedemik mahupun ko-kurikulum. Disiplin pula adalah satu prinsip yang harus ada dalam setiap pelajar untuk menghormati guru serta memahami akan disiplin sekolah supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Selain itu, disiplin juga melambangkan betapa pentingnya untuk menjadi seorang insan yang berguna. Setiap kerja yang dijalankan akan terurus dan teratur atas sikap yang suka mencari sesuatu yang mencabar dalam kalangan pelajar dan guru. Sikap berdikari penting untuk melakukan sesuatu tugas tanpa bantuan orang lain.

BIRU: Melambangkan keamanan dan kesejahteraan pelbagai agama di sekolah. Mereka bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu rumpun masyarakat yang bersatu padu untuk kegemilangan.

KUNING: Melambangkan taat setia serta hormat-menghormati antara pelajar dan guru dengan bertatatertib. Pelajar seharusnya menghormati guru kerana guru diibaratkan ibu dan bapa di sekolah untuk membentuk pelajar menjadi seorang yang berguna dan bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

MERAH : Melambangkan keberanian pelajar dalam menjalankan tanggungjawab dan guru yang menjalankan tugas mereka. Keberanian seseorang pelajar merupakan suatu cara untuk mencuba sesuatu yang mencabar dalam pelajaran dan ketabahan guru yang sanggup menghadapi pelbagai kerenah pelajar.

PUTIH: Melambangkan kesucian hati di antara pelajar dan guru. Interaksi mereka melahirkan nurani yang suci dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan guru.

BUAH NANAS : Melambangkan Sarawak mempunyai penanaman nanas khasnya di Batu Kawa maka menjadi lambang lencana SMK Batu Kawa. Di samping itu, menjadi sumber pendapatan kepada mereka yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sempurna.

TANGKAI PADI : Melambangkan kesungguhan para pelajar dan guru yang berusaha untuk mendapat sesuatu yang baik sehingga membuahkan kejayaan.


MOTTO SEKOLAH / COGAN KATA SEKOLAH

Tekun Berdisiplin Berdikari

Tekun:      pelajar perlu belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun tanpa mengira penat lelah dalam usaha memburu kejayaan kerana ketekunan merupakan asas kejayaan.

Berdisiplin:pelajar juga perlu mematuhi segala peraturan, disiplin atau undang-undang sekolah. Disiplin harus dijadikan asas kehidupan pelajar kerana disiplin juga akan menentukan kejayaan seseorang pelajar. Pelajar berdisiplin, pelajar berjaya.

Berdikari: menanamkan sikap yakin akan diri dan mampu berdikari, dapat melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan. Pelajar akan berusaha sendiri menimba ilmu dan mengejar kejayaan tanpa bergantung kepada guru semata-mata.




Klik untuk memuat turun
  1. Lagu Sekolah
  2. Lagu Negaraku
  3. Ibu Pertiwiku